Saturday, 11 September 2010

Salam Eidul Fitri

Alhamdulillah.. 1 Syawal 1431H sudah tiba menandakan Ramadan telah berakhir. Syawal adalah hari kemenangan buat seluruh umat islam yang telah menunaikan ibadah puasa selama sebulan dengan sempurna dan disambut dengan penuh kesyukuran.

Pada hari ini semua keluarga, sanak saudara tak kira di mana berada akan berkumpul dan saling bermaafan antara satu sama lain di atas segala kesalahan di masa yang lalu. Di samping itu kunjung-mengunjung ke rumah saudara-mara, sahabat handai, jiran tetangga. Turut dimeriahkan lagi dengan hidangan yang wajib pada hari raya seperti ketupat, lemang, rendang, nasi himpit, kuah kacang, kuih-muih dan sebagainya. Bagi kanak-kanak inilah masa yang paling menggembirakan buat mereka kerana dapat mengumpul duit raya pemberian dari ibu bapa, saudara-mara dan orang dewasa.

Syawal akan disambut selama sebulan dan sepanjang bulan inilah kemeriahan akan diraikan.

Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Maaf Zahir Batin.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin