Tuesday, 14 September 2010

Masih Mood Raya...

Masih dalam mood hari raya walaupun sudah masuk hari yang kelima hari ini. Masih ramai yang bercuti. Tapi ada juga yang beransur-ansur balik kerana perlu bekerja. Tapi kebanyakannya masih bercuti hingga hujung minggu ini..

Tetamu datang dan pergi. Waktu hari raya tiada yang lebih sibuk melainkan masak-memasak dari pagi sampailah ke malam. Bukan saja untuk keluarga yang ramai balik bercuti tetapi juga untuk meraikan tetamu yang datang. Tapi bila dah ramai adik-beradik ni taklah terasa letih sangat sebab ramai yang saling membantu, dari menyediakan bahan, memasak, mencuci, mengemas dan sebagainya. Bolehla bertukar-tukar shift..

Cuti masih panjang. So, berehatlah sepuasnya..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin