Wednesday, 8 September 2010

Balik Kampung - Cuti Panjang

Hari ini bermulalah cuti panjang. Semalam lepas balik kerja terus kemas pakaian dan barang2 yg nak dibawa balik kampung. Adik suruh ambik dia malam ni jugak. Dah tak sunggup katanya duk UKM. Gerak dari Taman Melati jam 8.30. Singgah petronas isi petrol dan check tyre pressure. Then baru gerak ke UKM. Jalan lancar walaupun banyak kenderaan.. Keluar dari UKM jam 9.45 terus ke Klang, rumah along.. nak ambil langsir yg along jahit. Rupanya tak siap lagi.. So, terpaksalah tidur di Klang dan tunggu sehingga langsir siap. Selepas itu barulah boleh balik kampung.

Tunggu punya tunggu punya tunggu.. sudahnya pukul 4.30 baru gerak dari rumah along. Seharian hari ini hujan. Sepanjang balik kampung pun hujan masih renyai. Ada beberapa tempat jalan agak sesak terutama menghampiri traffic light. Kelihatan semua orang mempunyai tujuan yang sama - balik kampung. Sampai kampung hampir 6.30 petang.

Hari ni untuk berbuka mak masak ayam masak tomato, ikan goreng dan sayur pucuk paku. Ringkas saja.. Walaupun ringkas tapi berselera makan.. masakan mak memang best!

Malam, mulalah aktiviti memasang langsir dan mengemas apa yang perlu.. Esok, hari terakhir puasa dan banyak kerja menanti untuk dibereskan - kemas rumah, anyam ketupat, cuci bekas kuih, kemas meja letak kuih, tukar lapik meja dan lain-lain. Lagi, nak kena keluar ke pekan juga beli barang2 keperluan dan ambil baju yang ditempah di kedai Indah.

Walaupun begitu, suasana yang paling menarik ketika hari raya adalah saat menyediakan persiapan terakhir seperti ini. Kalau keluar ke pekan, orang punyalah ramai membeli-belah seolah-olah tidak ada hari lagi.. Macam2 gelagat orang boleh dilihat.. Semua kedai dipenuhi dengan orang. Inilah suasana yang menarik menjelang perayaan dan suasana meriah begini hanya boleh dilihat setahun sekali..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin