Pada hari Sabtu 10hb November 2012 diadakan majlis pertunangan sepupuku bernama Mimi Wahidah yg diadakan di rumah pakcikku di Sg. Leman, Sekinchan. Lepas berkemas serba serbinya aku bertolak balik ke Tg Karang untuk mengambil adik2ku sebelum bergerak ke rumah pakcik.
Agak meriah majlis tersebut. Rombongan pertunangan pun ramai. Makanan yang disajikan pun sedap2. Seperti biasa kalau di rumah pakcik (merangkap rumah nenek) bergambar dengan pemandangan sawah adalah aktiviti wajib disebabkan pemandangannya yg cantik dan segar mata memandang.
Waktu balik aku dan adik2 ku menyusuri jalan pinggir sungai. Dah lama tak lalu dan melihat pemandangan seperti itu. Sangat menenangkan.
Waktu balik aku dan adik2 ku menyusuri jalan pinggir sungai. Dah lama tak lalu dan melihat pemandangan seperti itu. Sangat menenangkan.
No comments:
Post a Comment