Hujung minggu lepas aku balik ke kampung. Tiba-tiba teringin nak berjalan2 ke resort yg baru dibangunkan di Sekinchan iaitu Sekin Hotel & Resort yang mana pemiliknya cukup popular dengan Restoran Sekinchan Ikan Bakar. Kini maju setapak lagi dengan penubuhan resort yang masih belum siap sepenuhnya. Namun telah ada kira2 40 buah chalet yang telah sedia dan boleh diduduki. Perjalanan ke sini agak sibuk dengan kepadatan penduduk yang terdiri daripada kaum cina yang terlibat dengan aktiviti perikanan. Aktiviti tersebut dapat dilihat di waktu petang di mana apabila nelayan pulang dari laut dan urusan menaikkan ikan dan jual beli akan berlaku di jeti yg berhampiran. Pastinya ini satu pengalaman yang menarik bagi kita yang tidak pernah melihat situasi begini.
Kemudahan di resort ini masih belum lengkap sepenuhnya. Pembinaan sedang rancak berjalan. Namun kedudukan dan rekabentuk chalet2 nya agak cantik, dikelilingi kehijauan pokok2 dan segar mata memandang. Resort ini dilengkapi dengan restoran yang agak besar untuk menampung ramai pengunjung selain daripada penghuni resort. Ada juga kolam untuk memancing yang hasilnya boleh diserahkan kepada restoran untuk dimasak. Namun setiap orang hanya boleh dibenarkan memancing sebanyak dua ekor ikan sahaja. Terdapat juga menara tinjau untuk melihat lebih jelas persekitaran resort ini.
Secara keseluruhannya resort ini mampu menarik pelancong untuk datang ke sini memandangkan suasananya yang jarang terdapat di resort2 lain. Pastinya ia bakal menawarkan pakej yang mampu menarik pelancong apabila ia siap sepenuhnya kelak.
Pintu utama
Masih dalam pembinaan
Chalet yg cantik
Kolam memancing yg luas
Menara tinjau
Jeti tempat nelayan menaikkan ikan
Selamat Datang Ke Sekin Hotel & Resort, Sekincan
No comments:
Post a Comment