Lama sungguh blog ini tidak dikemaskini.. Aku sendiri terasa bosan setiap kali buka blog asyik posting yg sama.. Dah banyak kali buka blog nak update tapi kesudahannya tak update2 juga. Aku menyedari walaupun blog ini tidak secantik mana, tidak seistimewa mana, tidak semeriah blog2 yg lain, blog ini tetap ada pembacanya.. Cuma aku tidak mengetahui atau mengenali siapa mereka yg membaca blog kesayanganku ini. Mungkin hanya seorang dua yg dapat aku kenali berdasarkan lokasi mereka berada. Walau apapun aku berterima kasih dan menghargai kepada sesiapa yg sudi menjadi pembaca setia blogku ataupun yang membaca secara tidak sengaja.
Sepanjang blog ini menyepi kehidupanku dilalui mengikut rutin seperti biasa. Tiada perkara menarik untuk dicatatkan sebagai cerita manis.. Pergi kerja, balik kerja dan melalui cuti hujung dgn aktiviti seperti selalu juga.
Sejak aku pandai berfacebook urusan seharian jadi tambah sibuk. Selain dari menjejak rakan2 lama dan mengambil bahagian serta mengupdate facebook ada pula di kalangan teman di sebuah group yang aku cipta merancang untuk buat reunion tahun 2012. Secara tak langsung aku terlibat sama untuk monitor perkembangan tersebut disebabkan aku yang mencipta group tersebut. Sehingga kini usaha sedang dibuat bagi mengumpul seramai mungkin teman2 bagi menjadikan misi tersebut menjadi kenyataan.

No comments:
Post a Comment