Monday, 28 March 2011

Hari-Hari Tanpa Facebook

Semuanya bermula pada 27.03.11 bila aku dan teman sekolah lamaku bermesej melalui facebook.. Secara tiba2 temanku ini bercadang untuk berehat dari berfacebook selama 2 minggu.. Aku yang tidak yakin dengan cadangannya itu terus mencabarnya.. Malangnya dia dengan selamba berkata yang dia sanggup menyahut cabaran itu dengan syarat aku juga melakukan perkara yang sama. Temanku ini mahu kami berlawan. Hah.. terkedu aku dibuatnya.. Mulanya aku cadangkan supaya kami tidak bermesej sahaja tetapi tidak dipersetujui oleh temanku ini. Dia mahu semua aktiviti facebook dihentikan. Ahh.. giler.. lama betul 2 minggu tu.. Tapi aku tak mahu mengalah.. Disebabkan aku yang mula2 mencabarnya maka aku akan tunjukkan yang aku juga boleh melakukannya. Jika sebelum ini aku boleh hidup tanpa facebook takkan sekarang tak boleh kan!

Maka bermula dari tarikh hari ini, 28.03.11 bermulalah hari2 ku tanpa facebook. Aku yang semakin hari semakin berasa seronok melalui kehidupan seharianku di samping berfacebook mula terasa seperti kekurangan bila tidak dapat berfacebook seperti biasa. Ini belum sampai sehari.. Bolehkah aku bertahan selama 2 minggu ini. Melihat posting daripada teman2 terasa ingin sekali aku turut serta memberi komen atau respon. Walau apapun aku akan terus bersabar. Aku tak akan menyerah kalah sebelum berjuang.. Hahaha..

Biarlah waktu yang menentukan siapa yang akan menang dan siapa yang akan mengaku kalah. Aku cuba untuk tidak melakukan kesilapan yang boleh menyebabkan aku kalah. Ganjarannya bukanlah apa sangat pun.. Siapa yang kalah kena belanja siapa yang menang. Itu saja! Soalnya bukan ganjaran yang menjadi keutamaan. Ini adalah soal ketahanan mental sama ada boleh bertahan atau tidak. Aku tak akan semudah itu untuk mengaku kalah. Aku juga ada egoku tersendiri..

Tunggu.. kita tengok siapa yang akan kena!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin