Teman..
Terima kasih kerana hadir dalam hidupku..
aku hargai kehadiranmu..
engkau yang menceriakan kehidupanku..
Teman..
Terima kasih kerana menyayangiku..
aku hargai kasih sayangmu..
engkau yang bertakhta di hatiku..
Teman..
Terima kasih kerana merinduiku..
aku hargai segala rindumu..
rindu yang membahagiakanku..
Teman..
Terima kasih kerana memberi harapan buatku..
aku hargai kata-katamu..
yang membuatku rasa terharu..
Teman..
Terima kasih atas kenangan manis bersamamu..
aku hargai saat-saat itu..
kenangan terindah buatku..
Teman..
Terima kasih kerana melukakanku..
aku hargai..
meskipun terlalu sakit bagiku..
Teman..
Terima kasih kerana mengecewakanku..
aku hargai..
meskipun terlalu pedih buatku..
Teman..
Terima kasih kerana meninggalkanku..
aku hargai..
meskipun tidak pernah aku relakan..
Mengalir air mataku..
atas pemergianmu..
engkau yang aku sayang, kasih dan rindu..
kini telah hilang pergi dariku..
Aku doakan kebahagiaanmu..
Maafkan segala kesilapanku..
Terima kasih..
Aku hargai..
No comments:
Post a Comment