02.02.11, Rabu
Hari2 terakhir sebelum pergi bercuti adalah hari yang sangat sibuk bagiku. Bermacam2 persiapan dibuat untuk menerima tetamu dari jauh. Mengemas rumah, menukar itu dan ini dan menyediakan segala macam keperluan. Seperti tak cukup masa rasanya. Alhamdulillah.. saat teman2 ku sampai malam itu serba-serbinya telah lengkap dan sempurna. Aku sangat berpuas hati semuanya tersedia mengikut apa yang aku inginkan. Seronok sekali dapat bertemu dan berkumpul kembali setelah sekian lama tidak bertemu ramai2 begini.
03.02.11, Khamis
Akhirnya hari yang ditunggu2 tiba juga. Masa untuk pergi bercuti. Yeaaaayyyy..
Kami keluar dari Taman Melati jam 8.30 pagi. Sebelum memulakan perjalanan kami mengisi petrol dahulu. Perjalanan lancar melalui Lebuhraya Karak terus ke Lebuhraya Pantai Timur. Walaupun kenderaan banyak namun perjalanan masih lancar. Selepas memasuki Terengganu perjalanan agak perlahan disebabkan sesetengah tempat hanya terdapat satu lorong. Dalam perjalanan singgah makan, solat dan berehat seketika di Mesra Mall Kemaman. Selepas makan perjalanan diteruskan. Pemandangan sekitar ketika menyusuri laluan pantai amat menyenangkan dengan cuaca yang redup dan angin sepoi2 bahasa.
Lebih kurang jam 5.30 kami sampai ke Kuala Terengganu. Di sana telah sedia menanti tuan rumah yang kami ingin tinggal sepanjang percutian kami. Kami dibawa ke rumahnya yang terletak di Mengabang Tengah, Batu Buruk, Kuala Terengganu. Sampai di rumah kami berehat dan membersihkan diri.
Sebelah malamnya, kami dibawa pusing2 sekitar bandar Kuala Terengganu sebelum berhenti di sebuah gerai untuk makan malam. Sesudah makan, balik dan berehat. Badan pun sudah letih setelah melalui perjalanan yang jauh hari ini.
Nasi ayam kukus di Mesra Mall, Kemaman
Selepas bersarapan pagi, kami bergerak menuju ke Pasar Payang Kuala Terengganu. Suasana di sekitar bandar Kuala Terengganu sangat sesak dengan kenderaan dan orang ramai. Di mana2 saja penuh dengan orang. Melihat daripada plat kenderaan sudah tahu, kebanyakannya datang ke Kuala Terengganu untuk bercuti seperti kami juga. Setelah berpusing2 barulah dapat tempat parking.
Di Pasar Payang, kelihatan begitu ramainya manusia dengan macam2 gelagat. Ada yang membeli belah, ada yang sekadar memerhati, meninjau2 dan melihat apa yang ada. Banyak yang menarik dan cantik2 terutamanya kain baju. Tapi bila melihatkan harganya boleh dapat beberapa pasang kain.
Sekadar jamu mata
Cantik2 kain di Pasar Payang
Selepas habis bershopping dan membeli sedikit kuih-muih, kami pulang ke rumah dan berehat. Jam 6.30 keluar semula. Kali ini destinasinya ke Mydin dan Giant. Sekali lagi terpaksa menempuh kesesakan. Berpusing mencari tempat parking. Hampir satu jam juga barulah ada parking yang kosong. Kami sekadar jalan2 melihat apa yang ada di situ. Sebelum balik singgah makan di kawasan berhampiran tempat tersebut.
05.02.11, Sabtu
Cuaca hari ini sangat menyenangkan sekali. Destinasi hari ini adalah melawat Pulau Wan Man di mana terletaknya Taman Tamadun Islam (TTI) dan Masjid Kristal. Dengan bayaran masuk sebanyak RM15 seorang, kita dapat melihat 21 buah monumen islam yang unik dan hebat yang dibina semula dalam bentuk replika. Walaupun hanya sekadar replika kita akan melalui satu pengalaman yang menarik dan seolah2 kita pergi ke tempat yang sebenar. Sesudah makan di situ singgah seketika ke Masjid Kristal. Di situ juga kelihatan terlalu ramai orang. Disebabkan sudah letih berjalan maka kami buat keputusan untuk singgah sekadar untuk mengambil gambar dan melihat dari kejauhan.
Sebelum balik ke rumah, kami dibawa ke Seberang Takir untuk membeli keropok lekor. Mulanya bercadang untuk beli di Kampung Losong tapi bila melihatkan keadaan terlalu sesak plan bertukar. Namun sesampainya di sana keadaan sama juga. Telah ramai orang yang sedang beratur menunggu giliran. Hampir dua jam juga menunggu untuk keropok dimasak semula setelah habis dibeli orang yang datang lebih awal.
Sebelah petang dan malam hanya berehat di rumah. Sudah tak larat untuk keluar lagi. Masing2 dah terasa letih setelah hampir seharian berjalan.
Berlatar belakang kan replika Masjid Biru, Turki
Masjid Kristal yang tersergam indah
06.02.11, Ahad
Setelah tiga hari berjalan2, membeli belah, makan2, tibalah masanya untuk balik. Percutian berakhir pada hari ini. Cepatnya masa berlalu. Sedih juga nak meninggalkan Terengganu tapi apakan daya, terpaksa pulang semula ke KL. Percutian telah tamat.
Sesudah bergambar kenangan dan mengucapkan selamat tinggal dengan tuan rumah kami bertolak dari Kuala Terengganu jam 9.40 pagi. Perjalanan balik agak lancar dan dirasakan lebih cepat berbanding waktu datang hari itu. Dalam perjalanan singgah sebentar di Pantai Kelulut untuk bergambar.
Bergambar kenangan sebelum balik
Bergambar bersama tuan rumah penginapan
Kami berhenti di R&R Temerloh untuk menikmati ikan patin masak tempoyak. Teman2 yang beria-ia sangat nak makan. Sesudah makan kami meneruskan perjalanan lebih kurang jam 6.30 petang. Perjalanan lancar hinggalah sampai ke Bentong apabila kenderaan mula bergerak perlahan. Wah.. nampaknya kami terpaksa melalui keadaan jem yang amat teruk. Kenderaan merangkak2 dan bergerak seperti semut. Walaupun begitu kami masih boleh bersembang, bergurau senda dan bergelak ketawa dengan gembiranya. Semakin lama keadaan sudah tidak terkawal. Ramai yang sudah keletihan. Jalan dua lorong sudah dibuka menjadi empat termasuk laluan kontra. Namun masih tidak dapat mengurangkan jem. Enjin sudah panas. Hati juga. Ramai yang berhenti rehat di tepi jalan. Kenderaan yang tersadai juga semakin banyak. Aku yang memandu semakin tidak dapat menahan pening dan loya disebabkan kereta asyik berhenti dan jalan. Sudahnya aku muntah. Lalu terpaksa mencari laluan kecemasan untuk berhenti dan meminta temanku untuk mengambil alih memandu. Aku berehat dan tidur sementara temanku memandu meneruskan perjalanan.
Sampai di Genting Sempah kami berhenti rehat. Di mana saja ada ruang kosong penuh dengan kenderaan dan orang ramai. Seperti ada pesta. Namun ekspresi wajah masing2 semuanya kelihatan tension. Semuanya sudah keletihan. Berbagai ragam dapat dilihat. Waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Bayangkan betapa lamanya kami terpaksa melalui jalan jem.
Jem giler dari Bentong hingga ke Genting Sempah
Sebaik keluar daripada R&R Genting Sempah, kenderaan mula bergerak lancar walaupun perlahan. Tidak lagi merangkak2. Lega rasanya. Kami sampai ke Taman Melati tepat jam 12 tengah malam. Alhamdulillah.. selamat sampai juga akhirnya.
Tamatlah sudah percutian 4hr 3m di Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Percutian yang sungguh menyeronokkan dan meninggalkan seribu kenangan manis bersama teman2ku.
No comments:
Post a Comment