Seawal pagi semua ahli keluarga telah mula sibuk membuat persiapan untuk majlis pertunangan uda hari ini. Masing-masing mengambil bahagian sama ada membuat kerja di dapur, menyediakan bahan masakan, memasak, mengemas ruang di atas, mengemas meja makan di tempat khemah dan sebagainya. Pendek kata riuh rendah suasananya sebagaimana rewang orang kenduri.
Rombongan datang selepas waktu zuhur dengan jumlah yang agak ramai. Kiranya memenuhi segenap ruang di dalam rumah dan di khemah yang disediakan. Meriah sekali. Allamdulillah, majlis berjalan sempurna seperti dirancang.
Gambar-gambar sekitar majlis.
Cenderahati untuk tetamu
Hantaran dari pihak perempuan
Hantaran dari pihak lelaki
Wajah berseri
Inilah cincinnya..
Rombongan sedang menikmati hidangan
Bergambar selepas majlis
Bilik untuk majlis yang dihias sederhana
No comments:
Post a Comment