Tuesday, 27 November 2012

Mee Udang Banjir

Kalau anda datang berkunjung ke Tanjung Karang cubalah makan mee udang banjir dan nasi goreng udang ni.  Sedap dan menepati selera. Kedai makan ini terletak di Batu 10 Tanjung Karang (bersebelahan masjid). Udangnya besar2 dan ada lebih kurang 8 ekor di dalamnya. Cukup puas makan.  Jemputlah datang.

Nasi goreng udang RM4.50

Mee udang banjir RM6
 

Jalan-Jalan Ke Sekin Hotel & Resort

Hujung minggu lepas aku balik ke kampung. Tiba-tiba teringin nak berjalan2 ke resort yg baru dibangunkan di Sekinchan iaitu Sekin Hotel & Resort yang mana pemiliknya cukup popular dengan Restoran Sekinchan Ikan Bakar.  Kini maju setapak lagi dengan penubuhan resort yang masih belum siap sepenuhnya.  Namun telah ada kira2 40 buah chalet yang telah sedia dan boleh diduduki.  Perjalanan ke sini agak sibuk dengan kepadatan penduduk yang terdiri daripada kaum cina yang terlibat dengan aktiviti perikanan. Aktiviti tersebut dapat dilihat di waktu petang di mana apabila nelayan pulang dari laut dan urusan menaikkan ikan dan jual beli akan berlaku di jeti yg berhampiran. Pastinya ini satu pengalaman yang menarik bagi kita yang tidak pernah melihat situasi begini.

Kemudahan di resort ini masih belum lengkap sepenuhnya. Pembinaan sedang rancak berjalan.  Namun kedudukan dan rekabentuk chalet2 nya agak cantik, dikelilingi kehijauan pokok2 dan segar mata memandang.  Resort ini dilengkapi dengan restoran yang agak besar untuk menampung ramai pengunjung selain daripada penghuni resort.  Ada juga  kolam untuk memancing yang hasilnya boleh diserahkan kepada restoran untuk dimasak.  Namun setiap orang hanya boleh dibenarkan memancing sebanyak dua ekor ikan sahaja. Terdapat juga menara tinjau untuk melihat lebih jelas persekitaran resort ini.

Secara keseluruhannya resort ini mampu menarik pelancong untuk datang ke sini memandangkan suasananya yang jarang terdapat di resort2 lain. Pastinya ia bakal menawarkan pakej yang mampu menarik pelancong apabila ia siap sepenuhnya kelak.

Pintu utama

Masih dalam pembinaan

Chalet yg cantik



Kolam memancing yg luas

Menara tinjau

  
Jeti tempat nelayan menaikkan ikan

Selamat Datang Ke Sekin Hotel & Resort, Sekincan


Friday, 23 November 2012

Marble Cheese Brownies

Salah satu hobiku adalah memasak.. Dari dulu lagi.  Aku memang gemar mencuba resipi baru.  Ada yang menjadi dan ada yang gagal.  Biasa lah. Tidak semua resipi yang terdapat di majalah, akhbar, internet, blog atau mana2 berjaya mendapat hasil seperti yg diharapkan.  Tidak tau salah di mana.  Sama ada aku yang tidak mahir atau orang yang bagi resipi tidak betul2 memberinya.  Rasanya sudah ikut bahan2 yg dikehendaki dan step yang perlu diikuti.  Namun hasilnya seperti tidak menjadi.  Mungkin perlu diubah suai untuk memperbaiki rasa dan persembahannya.

Resipi marble cheese brownies ini diperolehi melalui internet.  Aku cuba membuat mengikut kreativiti tersendiri dalam mereka corak marble tersebut.  Kelihatan cantik juga.. hehe.. (sila muntah).. Namun rasanya perlu diperbaiki.  Memandangkan aku tidak berapa mahir lagi tentang sukatan menggunakan cawan.  Tak apa. Akan datang aku pasti akan mencuba lagi..




p/s tidak tahu kenapa gambar tidak boleh dirotate. sudah cuba berkali2 namun masih senget.. hehe..

Makan di Aroma Ikan Bakar

Sudah lama berhasrat untuk makan di Aroma Ikan Bakar di Jeram.  Ini adalah salah satu tempat makanan seafood yg popular di Selangor selain di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang dan Bagan Lalang, Sepang.  Di kesempatan cuti panjang maka sempat juga meluangkan masa untuk makan malam di sini.  Suasananya agak menarik dan tempat makannya agak luas dengan beberapa ruang makan yang berlainan rekabentuk. Ramai juga orang yang datang untuk makan ketika itu.

Makanan disajikan dalam tempoh yang singkat. Paling penting harganya agak berpatutan.  Sajian makan pada hari itu adalah udang masa butter (10 ekor), sotong sederhana besar goreng tepung (1 ekor), ikan kembung masak pedas (1 ekor), sayur kangkung goreng belacan, nasi putih, air jus, air suam.  Semuanya berharga RM40.  Agak berbaloi.  Mungkin boleh datang lagi pada masa akan datang.

Aroma Ikan Bakar Jeram

Ramai yg datang untuk menikmati makan malam

Ruang makan yg luas, selesa dan banyak pilihan

Menyelerakan

Nampak tak cili kering tu.. macam ni rupanya masak pedas..

Thursday, 22 November 2012

Berjalan Ke Melaka Negeri Bersejarah

Salah satu aktiviti cuti yang sempat dirancang adalah berjalan ke negeri Melaka.  Sudah agak lama juga juga tidak berkunjung ke sini.  Rupanya terlalu banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Sepanjang perjalanan setengah hari tu banyak lagi tempat2 menarik yang tidak dapat dikunjungi disebabkan kesuntukan masa.  Kenangan menyusuri Sg Melaka adalah yang paling menarik disebabkan pemandangan di kiri dan kanan sungai terdapat panorama bangunan2 dihiasi dengan lukisan mural yg cantik dan menarik.  Tidak jemu mata memandang. Rasanya tidak rugi untuk berkunjung ke Melaka.

















LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin