Thursday, 18 October 2012

Kenangan Reunion SMDH - 29 September 2012

Alhamdulillah.. akhirnya setelah 25 tahun dapat juga aku bertemu dengan rakan-rakan yang pernah sama-sama bersekolah di Sekolah Menengah Dato' Harun (SMDH) Tanjung Karang, Selangor.  Ini adalah sekolahku sewaktu aku menuntut di tingkatan 1 -3.  Walaupun ramai di antaranya tidak dikenali namun tidak menjadi halangan untuk kami saling bertemu dan mengenali antara satu sama lain.

Pertemuan ini diadakan di rumah salah seorang sahabat kami di Blok M, Sawah Sempadan.  Pemandangan di sini sangat indah dikelilingi dengan sawah padi yang menghijau. Pertemuan ini berjaya mengumpulkan sahabat-sahabat yang berada di dalam SMDH Group yg mana aku adalah orang yang mula-mula sekali mengasas group ini.  Sehingga kini terdapat 4 orang admin  (tidak termasuk aku) yang dilantik bagi melancarkan perjalanan group ini.

Reunion ini melibatkan rakan-rakan yg lahir pada tahun 1972 asalkan mereka pernah belajar di SMDH bermula dari tingkatan 1 - 6.  

Aktiviti yg telah dirancang sejak beberapa bulan lalu telah berjalan dengan jayanya.  Berbagai aktiviti menarik dijalankan bagi memeriahkan majlis tersebut. Sambutan yg diterima dari rakan-rakan group amat lah baik memandangkan semuanya tidak mahu melepaskan peluang untuk bertemu kawan-kawan sejak berpuluh tahun meninggalkan sekolah itu.

Semoga selepas ini hubungan baik ini tidak akan terhenti di sini saja.  Insyaallah kami akan mengadakan aktiviti-aktiviti lain yang akan dapat mengeratkan lagi talian persahabatan yg telah sedia terjalin sejak bertahun lamanya. 

  
  







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin