Alhamdulillah.. tarikh 19 Mei 2012 menjadi satu tarikh yg meninggalkan kenangan manis buatku dan kawan2 sekolah di SMV Klang kerana pada tarikh itu kami mengadakan majlis reunion buat kali ketiga. Sebagai AJK yg terlibat aku dan kawan2 yg lain telah membuat persediaan sebulan lebih awal. Ramai juga yg sudi untuk memberi sumbangan berupa hadiah dan hamper bagi memeriahkan lagi majlis ini. Kehadiran kali ini lebih ramai dari reunion tahun2 lepas. Syukur kerana majlis berjalan dengan meriah dan lancar walaupun ada beberapa perubahan dibuat di saat akhir. Selain daripada jamuan makan malam pelbagai acara diadakan malam itu. Antaranya cabutan bertuah, kerusi muzik, pertandingan karaoke, soalan kuiz, santai bersama dj serta sambutan hari jadi bagi mereka yg lahir sehingga bulan Mei. Terasa hubungan persahabatan yg terjalin amat dekat sekali walaupun ada di antaranya tidak pernah bertemu langsung sejak meninggalkan alam persekolahan. Dan yg paling membuatkan aku teruja bila mana aku terpilih sebagai pemenang Best Dress bagi kategori perempuan. Sesuatu yg tidak terjangka sama sekali. Majlis berlangsung dalam suasana santai dan semua orang benar2 enjoy dan gembira. Insyaallah mudah-mudahan tahun hadapan kami dapat mengadakan majlis reunion lagi.
No comments:
Post a Comment