Tuesday, 20 December 2011

Langkawi - A Memorable Journey

Percutian Yang Tak Diijangka

Memang benar. Tiada langsung perancangan untuk bercuti ke Langkawi sebenarnya. Semuanya secara tiba2. Setelah perancangan untuk bercuti bersama famili gagal disebabkan tidak membuat tempahan awal, maka aku mula membuat perancangan sendiri. Walau apa pun aku mesti pergi bercuti pada hujung tahun ini. Selain untuk berehat dan menenangkan fikiran juga untuk menghabiskan cuti tahun. Kebetulan ada kawan yang tinggal di sana. Maka ini adalah satu perancangan yang sedikit mudah.

Di Langkawi aku tinggal di rumah kawan yg pernah sama2 belajar di Poli PD. Gembira dan seronok dapat berjumpa kembali Ji yg kali terakhir kutemui pada percutian kami ke Terengganu pada Tahun Baru Cina Februari lalu.

Sepanjang di Langkawi aku sempat mengunjungi beberapa tempat pelancongan yang popular seperti De Baron Resort, Pantai Cenang, Awana Porto Malai, Air Hangat, Oriental Village, Harbour Park, Kampung Beras Terbakar, Perkampungan Mahsuri dan lain2.
Disebabkan ruang masa yang terhad maka tidak dapat singgah di banyak tempat. Namun di sepanjang laluan perjalanan itu sempat juga melalui Galeria Perdana, Kompleks Kraf, Taman Burung, Underwater World, juga melihat keindahan sawah padi, kampung2 dan pemandangan yang sangat indah.

Tidak lupa juga pergi ke tempat membeli belah yang popular iaitu Idaman Suri dan Haji Ismail Group. Walaupun tidaklah bershopping sangat tapi aku benar2 teruja melihat pelbagai jenis barangan dapur terutamanya pinggan mangkuk yang begitu cantik2 dan menawan hati. Suatu hari aku akan datang lagi ke sini dengan tujuan untuk bershopping.

Sememangnya percutian ini lain daripada yang lain. Ini kerana ia adalah semua perancangan percutian ini aku lakukan sendiri. Walaupun begitu singkat ia sesungguhnya satu pengalaman indah dan meninggalkan kenangan manis buatku. Ia bermakna lebih dari itu.

Antara gambar2 percutian yg sempat diabadikan.


Jeti Kuala Perlis - ramai sekali orang yg ingin bercuti ke Langkawi..


Sabar menunggu ketibaan feri ke Langkawi..


Dalam feri ke Langkawi. Lihatlah beg2 yg menggunung..


De Baron Resort




Awana Porto Malai








Bersama teman2 di Langkawi - Kak Zura, Saniah, Ji






Kolam Air Hangat yg suam2 kuku..










Cable Car













Harbour Park


Perkampungan Beras Terbakar


Perkampungan Mahsuri

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin