Friday, 10 June 2011

Percutian Ke Cameron Highland

Cuti sekolah yang baru lalu aku dan keluarga memilih untuk bercuti ke Cameron Highland pada 5-7 Jun lalu. Menariknya dan secara kebetulan tarikh pergi kali ini adalah sama dengan kunjungan 2 tahun lalu. Kami berkonvoi 3 buah kereta dari Shah Alam dan melalui Jalan Tapah. Pengalaman memandu sebelum ini membuatkan aku telah memahami sedikit sebanyak keadaan jalan yang memang bahaya, berliku2 dan berbukit2.

Hari Pertama

Sampai di Tanah Rata lebih kurang jam 1.30. Selepas check-in kami berehat seketika. Sebelah petangnya kami memulakan aktiviti lawatan ke ke taman agrofarm. Di sini terdapat pelbagai jenis buahan, sayuran dan bunga-bungaan seperti strawberi, anggur, salad, kailan, tomato, kaktus, ros dan sebagainya. Walaupun tempat ini tidak terlalu besar tetapi pemandangannya amat menarik sekali. Selepas puas bergambar kami meneruskan aktiviti menuju ke pasar malam Brinchang. Aduh.. sesaknya jalan menuju ke pasar. Ramai orang datang bercuti. Kenderaan dari seluruh pelusuk negeri datang bercuti sempena cuti sekolah. Hinggakan kami terpaksa berpatah balik 2-3 kali untuk mencari tempat parking. Akhirnya dapat juga tempat parking. Di pasar sekadar melihat kerenah peniaga dan pembeli yang macam2 ragam. Dah namanya Cameron Highland sudah pastilah yang paling menarik sekali adalah kesegaran sayur-sayurannya yang berbagai jenis. Sempat jugalah kami membeli sedikit sebanyak untuk dibawa pulang.

Sebelah malam.. aktiviti masak, makan, bersembang dan berehat. Memang seronok kalau dapat bercuti ramai2 bersama keluarga.

Sebelah malam cuaca agak sejuk. Memang menjadi kemestian memakai sweater, sarung tangan dan kaki. Tidak perlu lagi kipas atau aircond.

Hari Kedua

Sebelah pagi acara bebas. Masing2 membuat urusan tersendiri mengikut kesesuaian. Aktiviti keluar diteruskan di awal petang. Kali ini membuat lawatan ke Kampung Taman Sedia. Satu2nya taman strawberi yg dimiliki oleh bumiputera melayu. Buah strawberi tak banyak yang masak. Baru lepas dipetik kata pemilik ladang di situ. Kawasan sekitarnya agak menarik juga. Di sini pun sibuk bergambar lagi.

Selepas itu kami meneruskan lawatan menuju ke ladang teh Cameron Valley. Ini tempat yang paling teruja untuk dikunjungi. Pemandangan di sini sangat cantik sekali. Puas jugala masing2 dapat bergambar dengan gaya dan aksi yg pelbagai. Sempat juga membeli buah tangan di kedai teh yg terdapat di sini.

Pada sebelah petang kami ke pasar Brinchang sekali lagi untuk membeli belah buat kali terakhir sebelum pulang pada esok hari. Macam2 yang dibeli. Seronok dapat berjalan2 di sini. Macam2 barang jualan seperti makanan, pakaian, buahan, sayuran dan pelbagai jenis hasil tanaman yg terdapat di sini. Memang menarik sekali.

Sebelah malam sekadar berehat di apartmen sambil makan2 dan bersembang.

Hari Ketiga

Hari terakhir percutian. Kami bangun seawal pagi dan mengemas2 apa yg perlu. Selepas sarapan pagi kira2 jam 10.30 kami memulakan perjalanan balik melalui Jalan Tapah. Dalam perjalanan balik sekali lagi singgah di ladang teh menghala balik untuk bergambar. Perjalanan diteruskan menuju ke Taman Rekreasi Kuala Woh untuk berehat seketika. Di sini anak2 mula bermandi manda sementara kami yg lain sekadar berehat memerhati.

Jam 3.30 petang perjalanan balik diteruskan. Jalan agak lancar. Kami singgah di hentian rehat dan rawat Tapah untuk makan dan berehat seketika. Sesudah itu perjalanan diteruskan dan sampai di Shah Alam lebih kurang jam 7 malam.

Tamatlah sudah percutian keluarga yang meninggalkan pelbagi kenangan manis. Semoga kami berpeluang untuk berkunjung lagi ke Cameron Highland pada masa akan datang.

Antara gambar2 percutian yang diabadikan.







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin