Saturday, 2 April 2011

THE GAME IS OVER..

Haha.. ingat tak seminggu yang lalu aku dan seorang temanku telah mencabar diri masing2 supaya tidak berfacebook selama 2 minggu. Tempoh yang aku rasakan begitu lama. Hari2 terawal agak terasa juga bila tidak dapat berfacebook namun selepas itu aku cuba untuk tidak terlalu memikirkan sangat. Seminggu berlalu dirasakan seperti lambat. Kasihan juga bila melihat posting kepada group dan request daripada teman2 tidak dijawab.

Akhirnya tepat jam 3.52 petang pada tarikh ini temanku yang mencabar itu menelefonku untuk MENGAKU KALAH dan berhasrat untuk memberhentikan permainan ini. Haha.. Belumpun cukup seminggu permainan ini ingin ditamatkan. Nampaknya temanku ini tidak boleh bertahan lagi. Lalu menelefonku dan mengaku kalah. Aku telah menang. Gembiranya aku. Permainan ini telah berakhir.

Aku tahu facebook seolah telah menjadi satu kemestian pada sesetengah orang kini. Seperti tak lengkap jika sehari tidak berfacebook. Hari2 nak update status. Yang adakalanya aku rasa tidak perlu dan rasa amat lucu sekali. Begitulah ragam manusia. Tapi aku bukanlah jenis macam tu. Aku lebih sekadar membaca dan respon bilamana aku rasakan perlu. Dan sesekali posting jika ada yang ingin dikongsikan. Namun disebabkan aku pencipta beberapa group aku perlu monitor setiap posting yang dihantar. Aku rasa gembira sebab groupku semakin bertambah dengan adanya kerjasama rakan2 yang lain yang sudi menambah keahlian meskipun ada di antaranya tidak aku kenali.

Walau apapun, terpulang kepada individu masing2 cara bagaimana mahu menggunakan kemudahan facebook ini. Biarkan aku dengan caraku dan mereka dengan cara mereka.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin