Wednesday, 27 April 2011
Aku, Dia dan Lagu - 13
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
~Anuar Zain~
Sunday, 10 April 2011
12 Ways to Know That You Love Someone
NOW MAKE A WISH.. YOU KNOW WHAT YOU WANT THE MOST!
Saturday, 2 April 2011
Berkunjung ke Bangi
Hari ini sahabatku Ain telah menjemputku ke majlis makan2 di rumahnya sempena pemergiannya dan keluarga ke US selama 3 bulan pada tarikh 04.04.2011 ini. Walaupun hari ini aku bercadang untuk pulang ke kampung, aku hadirkan juga disebabkan aku telah berjanji untuk berjumpa dengannya sebelum dia pergi. Menurut Ain, majlis makan2 ini hanyalah untuk jemputan adik-beradik dan keluarga terdekat sahaja. Aku sangat berbesar hati dijemput kerana hubungan kami yang rapat sejak di zaman sekolah. Aku juga telah dianggap seperti keluarga oleh famili Ain sendiri. Seronok sekali dapat bertemu semula Ain dan keluarga. Kali terakhir aku datang ke sana adalah pada majlis rumah terbuka hari raya aidilfitri tahun lepas.
Selepas majlis tersebut aku bergegas ke UKM menjemput adik untuk pulang ke kampung. Perjalanan lancar walaupun kenderaan agak banyak. Sampai ke kampung jam 7. Alhamdulillah.. kerinduan terhadap mak, abah dan kampung halaman terubat jua.
Gambar2 yang sempat diabadikan.