Thursday, 12 August 2010

Hari Kedua Puasa - 12.08.2010

Di ofis terlalu sibuk hari ni.. masa rasa singkat sangat.. syukur.. satu submission telah dibuat hari ini.. tinggal satu lagi dan akan disambung esok..

Lepas kerja terus balik ke rumah.. solat then ke bazar Melati. Sampai di bazar tiba-tiba hujan turun dengan selebatnya. Semua orang bertempiaran cari tempat berlindung. Tuan punya gerai makanan kalut menutup makanan jualan. Ada yg terkena tempias hujan. Ramai orang basah kuyup walaupun setengahnya pakai payung sebab hujan terlalu lebat ditambah dengan angin kuat bertiup. Nasib baik aku bawa payung. Walaupun terkena hujan sekurang-kurangnya masih boleh jalan di tengah hujan. Sempat beli ikan kembung percik, kuih 2 ketul dan mee goreng. Sudah membeli terus balik.. Hujan masih lebat. Kesian betul mereka yang masih berteduh.. terpaksalah tunggu hingga hujan reda..

Balik rumah terus mandi sebab baju dah lencun kena hujan.. Lepas tu masak nasi dan buat sambal telur. Simple je juadah hari ni.. Tu pun tak habis juga..

Lepas maghrib, pergi solat tarawih dengan housemate kat masjid Salehudin Ayubi Taman Melati. Alhamdulillah.. dapat juga solat tarawih kat masjid. Ramainya orang solat. Penuh ruang masjid. Kami buat 8 rakaat saja dan lepas tu balik. Ramai yg tamatkan solat selepas rakaat 8 walaupun imam teruskan solat. Mungkin di sini buat sampai 20 rakaat.

Balik rumah sambung witir 3 rakaat. Alhamdulillah.. Sempurna sudah hari kedua puasa..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin